Saturday, 24 May 2014

Siapakah Taste Tea Trading???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Anda masih tertanya-tanya apa dan siapa dia Taste Tea Trading? Taste Tea Trading diasaskan oleh CEOnya Saudara Hamidi b. Ahamad. Beliau merupakan pengasas sebuah Madrasah Tahfiz di negeri Johor. 

Berkelulusan Higher National Diploma in Business and Information Technology, menambahkan  lagisemangat beliau untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan I.T. Hasrat beliau di dalam Taste Tea Trading adalah untuk menjual produk-produk yang suci lagi halal, membantu usahawan Islam yang ingin berjaya juga menolong umat Islam menambah pendapatan melalui sistem pelaburan yang jelas dan telus.

Kesimpulannya, Taste Trading menawarkan kepada masyarakat TIGA perkara utama :

1) Peluang membeli produk yang diyakini HALAL
2) Peluang menambah pendapatan melalui pelaburan
3) Berkongsi maklumat tentang perniagaan

Untuk memudahkan lagi ketiga-tiga proses tersebut, maka blog mualamat suci ini diwujudkan. Melalui blog ini, anda boleh 'overview' apa-apa jua yang berkaitan dengan Syarikat Taste Tea Trading. Di samping, boleh berinteraksi terus dengan kami melalui Chat Box di halaman utama blog ataupun melalui talian kami (kami menerima call, sms & whatsapp).

Walaupun masih baru, tetapi impian besar serta usaha gigih yang tepat berlandaskn syariah diharapkan dapat menjayakan lagi misi dan visi syarikat ini. Bak kata tuan CEO, "Allah tidak memandang kejayaan kamu, bahkan Allah memandang sejauh mana usaha kamu".

Sekian, semoga kehadiran blog dan Taste Tea Trading sendiri dapat mendekatkan kita kepada Sang Pencipta melalui perniagaan. Komen dan bantuan anda amat kami alu-alukan. Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment