Sunday, 25 May 2014

KELEBIHAN ISTIGHFAR :)









Astaghfirullah Al Azim..

Astaghfirullah Al Azim..

Astaghfirullah Al Azim..

maksud istighfar tu ialah "Aku memohon pengampunan dari Allah Yang Maha Agung.."

haa..nak tahu tak kelebihan-kelebihan bila kita BERISTIGHFAR?

~salah satu daripadanya adalah mendapat pengampunan dan taubat daripada Allah..

~amalan beristighfar secara berterusan boleh meningkatkan semula rezeki kepada kita dari arah yang tak disangka-sangka..!! (tak percaya?)

~ dengan amalan beristighfar,boleh mempercepatkan urusan jodoh kita.. eh?  *yang bujang saja ya.. >.<

~ selain tu,in shaa Allah, Allah akan mengurniakan zuriat pada pasangan yang telah lama bernikah tetapi sukar mendapatkan zuriat..wink3.. baiknya Allah.. ^^v

~amalan beristighfar adalah amalan yang membawa rahmat kepada kita.. sama ada pertolongan disaat kecemasan dan sebagainya..

Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan beri kemudahan di setiap kesempitan, kesenangan dalam setiap kesedihan dan memberikan rezeki serta rahmat yang tidak terduga olehnya..

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

tetapiiii...setiap lafaz istighfar tersebut perlu diseiringkan dengan ucapan dan perbuatan.. macam mana tu?

haa..dengan meninggalkan kesalahan yang telah dilakukan.. even dosa tu kita selalu lakukan.. contohnya yg mcm mna?

selalu melewat-lewatkan solat, kurang menjaga percakapan, tidak menutup aurat dengan sempurna dan sebagainya..

Jom, perbanyakkan doa dan istighfar supaya mudahnya rezeki dijemput masuk ke dalam poket anda dan Syarikat Taste Tea Trading oleh Allah S.W.T. .. in shaa Allah,.Allahumma Aamiin.. ^_^

No comments:

Post a Comment