Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke blog kami. Blog "muamalatsuci" yang diselenggara oleh Taste Tea Trading. Blog yang mana in shaa Allah bermanfaat untuk semua. Kami menyajikan yang terbaik untuk anda. Peluang berjual beli dan melabur bersama kami mengikut cara muamalat yang mematuhi syariat.
Kami akan memastikan proses jual beli anda bersama kami adalah telus. Riba' dan apa-apa sahaja sistem yang tidak mengikut syariat akan kami ketepikan in shaa Allah. Bantulah kami dan bantu diri sendiri untuk sama-sama kita bermuamalat mengikut acuan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Kami juga mengalu-alukan pengunjung bukan Muslim untuk singgah di blog "muamalatsuci" ini. Menyertai kami bermaksud anda merupakan keluarga kami. Saling percaya, saling beruntung dan memartabatkan ekonomi menurut syariat. Rezeki di tanganNya, kita Tawakal, Doa dan Usaha.
Sekian, semoga "muamalatsuci" memberi kebaikan kepada kita bersama.
#Jom Share dan Like :)
No comments:
Post a Comment